Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya
Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari
kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan
kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan
harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang .
Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang
ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum
habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil
pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di
timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)
Berdasarkan
hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amal soleh yang di lakukan
sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk Syurga , sekiranya di
samping dia membuat amal soleh tersebut dia juga melakukan amal
kejahatan yang membawa kepada dosa. Apabila berlaku proses timbangan
segala amalan-amalan manusia yang baik dan buruk , maka sekiranya habis
amalan kebaikannya di bayar atas kesalahannya tadi maka ketika ini dia
akan jadi Orang Muflis. Segala penyesalannya sudah tidak berguna lagi
kerana dia akan di masukkan kedalam neraka.
Oleh itu
ingatlah, bahawa orang yang paling rugi di akhirat nanti adalah Orang
Muflis ,semasa di dunia tidak berhati-hati dalam tindakan dan
amalannya, banyak di dorong oleh hawa nafsu dan pujukan syaitan. Pepatah
melayu ada berkata : “Ikut hati mati, ikut rasa binasa dan ikut nafsu
lesu .“ Anggota manusia yang paling bahaya adalah lidah. Walaupun dia
lembut dan tidak bertulang tetapi apabila silap menggunakannya ianya
boleh menghumban pemiliknya masuk kedalam neraka.
Hidup
di zaman siber ini, cabarannya amat hebat. Bertugas sebagai pengarang
media, wartawan, penulis blog, penulis bebas, pengulas dan pengacara
radio dan tv dan ahli -ahli politik, kesemua mereka ini amat perlu
berhati-hati di dalam memberi apa-apa pandangan dan ulasan mengenai
peribadi sesaorang yang ingin di nyatakan. Sekiranya apa yang di katakan
tidak betul dan berbentuk fitnah dan mengumpat, mereka akan di
pertanggung jawabkan di hadapan Allah s.w.t, tangan yang menulis dan
lidah yang berkata-kata ini akan menjadi saham untuk memotong
amalan-amalan kebajikan pelaku-pelakunya untuk di berikan kepada
mangsa-mangsa yang teraniaya di atas perbuatannya.Bayangkanlah sekiranya
berita palsu tersebut telah tersebar di dalam internet dan di baca
atau di dengar oleh berjuta-juta manusia di dunia ini, macamana kita
hendak tarik balik berita tersebut? Oleh itu berhati-hatilah sebelum
membuat sesuatu tindakan supaya amalan kebajikan kita tidak menjadi
sia-sia dan tidak dapat membantu kita di akhirat nanti kerana telah
habis di bayar hutang untuk dosa-dosa kita.
Dari itu
kita perlulah membuat persiapan di dunia ini dengan mengerjakan
amalan-amalan soleh dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah
s.w.t. dan tinggalkan segala perbuatan dosa dan menyakiti orang
lain.Hanya melalui proses tarbiyyah imaniah yang berterusan sahaja akan
dapat memandu kita di jalan yang lurus dan di redhai Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment