Asalamua'laikum dan selamat sejahtera diucapkan.....
Kali nie aku nak share something yang agak best la jugak....tajuknya seperti diatas "50 TANDA ORANG MUNAFIK"...Mari kita lihat sama-sama..adakah kita tergolong dalam ciri-ciri tersebut sama ada secara sedar atau pun tidak......
50 Tanda-tanda Orang Munafik Mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah
1. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Malas mengerjakan solat, segan untuk menempatkan diri di saf pertama,
enggan mencari ilmu pengetehaun dan berat melangkah untuk ke majlis
kebajikan.
2. Lupa Kepada Allah
3. Melalaikan Solat Fardhu
Sengaja melengahkan atau lambat menunaikan solat sehingga berada di akhir atau habis waktunya.
4. Mempercepatkan Pergerakan Solat
Orang yang mempercepatkan solatnya tanpa rasa khusyuk dan lupakan Allah,
maka solatnya tidak diterima Allah. Itulah solat orang yantg munafik.Bak kata ustazah kat sekolah menengah dulu...tonggang tonggek mcm burung belatuk........
5. Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
Sihat dari segi fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak
uzur syarie, tetapi tidak mahu mendatangai masjid ketika mendengar
seruan azan.
6. Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramaai dan gemar
melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.
8. Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Ma’ruff.
9. Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia
mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya.
Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat
menutup kebenaran.
10. Mengamalkan Riyak
11. Hasad Dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji.
14. Bakhil
15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramaai supaya mereka
membenci atau memusuhinya. Ia juga tergolong dalam sifat-sifar munafik
dan dosa-dosa besar.
16. Mencaci maki
Menyakiti orang lain dan mencemarkan maruah seseorang itu.
17. Mengumpat
18. Mengungkit Pemberian Kepada Orang Yang Menyakiti Hatinya
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang
jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan
ini dicela didalam Islam.
19. Mengingkari Takdir
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir
Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab
serta kemurkaan Allah
20. Mempersendakan Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat
dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang
sesuatu yang diturunkan Allah.
21. Enggan Berjihad
22. Menghina Sahabat Rasulullah SAW
Perbuatan ini dianggap melanggar larangan baginda, berdosa besar dan termasuk dalam golongan orang munafik
23. Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24. Menangguhkan Pembayaran Hutang
25. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu
barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak
dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada
akhirnya.
26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang lain dengan
jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini
walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa
besar dan munafik.
27. Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al Quran
28. Memakan Harta Anak Yatim
29. Membuka Rahsia Orang Lain
30. Merasa Aman Dari Murka Allah Apabila Berbuat Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan
seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan
orang-orang munafik.
31. Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32. Menghalangi Orang Dari Mengamalkan Ajaran Islam
33. Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang Lain
34. Bermuka Dua
Sikap ini ialah apabila diajak untuk mengikut jalan Allah, sengaja
melambat-lambatkan dan tidak mahu. Tetapi, apabila diajak ke jalan yang
dimurkai Allah, dengan senang dan cepat mereka menurutnya.
35. Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenar
36. Sombong Antara Sesama Manusia
37. Suka Berbantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38. Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan
menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.
39. Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40. membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah
41. Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42. Mengkhianat Sesuatu Amanah
43. Memutuskan Silaturraheem
44. Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin.
45. Menghalalkan Yang Haram
46. Membuat Keosakan Di Muka Bumi
47. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki
ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan.
Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu
pengetahaun dalam urusan kehidupan.
48. Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah
49. Bersumpah Dengan Selain Nama Allah SWT
50. Merasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman
sumber:http://www.ukhwah.com/print.php?sid=383
No comments:
Post a Comment