header

::::Muhamad Afifudin Razzi::::

Wednesday, 14 December 2011

Kenapa lelaki menangis?

Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain .. tapi sebab ALLAH SWT dan perkara2 yg boleh dia tangisi ~

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Monday, 12 December 2011

Kenali Orang Sombong Dan Bongkak

Sombong bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat  suka merendahkan orang lain serta tidak mahu menerima pandangan orang lain. Orang sombong memandang   rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam as. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah SWT, lalu ia menempelak: “Mana boleh aku  bersujud  kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)

Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah SWT. Tercatat dalam  al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud  yang  ingin  memerangi  tuhan,  keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)

Sombong  yang  kedua  ialah  bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti  tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan  kehinaan  keturunan,  seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.

Begitu  juga  Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini:

PERTAMA, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila  ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada   pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang sombong seumpama  ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


KEDUAnya kerana  kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid  yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang  lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah  tersesat  daripada  mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”


Jika  kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau  apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim  dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit  sombong. Oleh  itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.


Perkara KETIGA yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan  keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.

Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang  lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.


Perkara KEEMPAT menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
 Rasanya yang nie lah orang selalu buat....


Sifat sombong KELIMA berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

KEENAM, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.


Akhirnya yang KETUJUH kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana  ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada  pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)

Thursday, 8 December 2011

10 Amalan Terbalik Yang Diamal Kita



1.AMALAN KENDURI ARWAH UTK BEBERAPA MALAM adalah sesuatu yg terbalik dri apa yg dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga utk memasak makanan utk keluarga simati bg meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan tetapi terpaksa pula menyediakan mknn dan belanja utk mereka yg yg dtg membaca tahlil. Tidakkah mereka yg hadir mkn kenduri tersebut khuatir kalau2 termkn harta ank yatim yg ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yg belum dibahagikan kpd yg berhak menurut Islam.


2.SALAM BERISI. Kalau hadir ke kenduri walimatulurus org kerap salam berisi atau bg wang dan hadiah. Kalau tak ada duit nak dikepit dlm tgan, maka segan ia nak pergi mkn kenduri. Tetapi kalau ia menziarahi org mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarahi keluarga simatilah kita patut memberi sedekah.

3.PAKAIAN CANTIK. Ketika hadir majlis pemimpin negara atau majlis formal atau yg sama waktu dgnnya, kita berpakaian cantik, kemas dan segaktetapi bila menagdap Allah baik di rumah mahupun masjid, pakain lebih kurang shj bahkan ada yg x berbaju.

4.JAMUAN. Jika menjd tetamu di rumah org dan di beri mkn, kita rasa segan nak mkn sampai habis apa yg dihidangkan kerana rasa segan dan malu., sedangkan yg dituntut dibykkan mkn dan dihabiskan apa yg dihidangkan supaya tuan rumah rasagembira dan tdak mmbazir.

5.SOLAT SUNAT. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sgtlah malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat byk dilakukan di rumah spt yg dianjurkan Rasulullah utk mengelak rasa riak.

6.BELANJA BULAN PUASA. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termsuk nafsu mkn yg berlebihan tetapi kebykkan org mengaku bhwa carta perbelanjaan setiap rumah org Islam akn dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yg tertinggi dlm setahun. Sedangkan sepatutnya di bulan puasa yg terendah.

7.KENDURI HAJI. Kalau nak kerjakan haji, kebyakkan org akn buat kenduri sblum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari mekah tak buat kenduri pun. Anjuran kenduri dlm Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri , bukan kerana hendak bermusafir.

8.TUISYEN. Ramai ibu bapa risau anak2 gagal dlm peperiksaa hingga sanggup hantar anak2 tuisyen yg menelan belanja yg tinggi tetapi xheran atau risau anak xtau solat dan mengaji al Quran. Berkira pula utk hantar anak kelas mengaji dan kem smart solat.

9.KEJAR REZEKI ALLAH. Kalau nak kejar rezeki Allah,xkira hujan, panas, ribut,pagi, ptg, siang, mlm mesti buat kerja. Tapi nak ke Rumah Allah amatlah liat dan malas sedangkan hanya perlu berjalan beberapa meter shj. Sungguh xmalu manusia sebegini, rezeki Allah diminta tp nak ke rumah Allah amatlah berkira dan malas.

10. ISTERI BERHIAS. Isteri kalau nak keluar rumah,bkn main berhias lagi tapi kalu dekat rumah. Sedangkan yg dituntut seorg isteri itu berhias utk suaminya, bukan utk org lain.